Archive for the ‘ ISMA ’ Category

Badar Kubra: Titik Tolak Umat (17 Ramadhan 2H)

Ramadhan Mubarak merupakan bulan yang disambut setiap tahun oleh semua umat Islam. Allah menyediakan bermacam bentuk kurniaan dan hadiah kepada hamba-Nya, untuk diberikan kepada sesiapa yang berpuasa, mendirikan malam dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan pahala.

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu – hadith

Kemuliaan bulan Ramadhan diraikan dengan meriah sejak zaman Rasulullah s.a.w. Para salafussoleh telah berdoa selama 6 bulan untuk disampaikan padanya bulan Ramadhan, dan berdoa selama 6 bulan selepas itu untuk diterima amalannya di bulan Ramadhan. Ia menunjukkan betapa tingginya martabat bulan ini di sisi mereka. Continue reading

Puisi Hari-Hari Bersama Murabbi

Puisi “Hari-hari Bersama Murabbi”

(Nukilan : Syed Ahmad Israa’)
(Deklamasi : A. Fuad J.)

Oh alangkah bahagia

Oh alangkah mulia

Hari ini aku kisahkan

Aku, dan disisiku,

MURABBI.

Seperti rasul

Bersama-sama, nikmati satu santapan,

Begitu murabbiku

Duduk bersama, jamah satu hidangan.

Seperti rasul

Bersama-sama berbantalkan lengan,

Begitu murabbiku

Bersama-sama tidur atas hamparan.

Seperti rasul,

Turun bersama gali paritan

Begitu murabbiku

Sentiasa seiringku lakukan tugasan.

Seperti rasul,

Faham segala dalaman luaran

Begitu murabbiku

Segala pemikiran tekun menjelaskan.

Seperti rasul,

Membina syuhada pemuda pahlawan

Begitu murabbiku

Dibina aku lengkap perincian.

Seperti rasul,

Marah, senyum, sedih, memberi kesan

Begitu murabbiku

Memberi taujih sesuai perasaan.

Seperti rasul,

Menyucikan, memahamkan, lantas menggerakkan

Begitu murabbiku

Diasuh aku, jadi asas kebangkitan.

Seperti rasul,

Menghormati tidak memalukan

Begitu murabbiku

Di sampingnya aku, terasa dimuliakan.

Yang lahir bukan sekadar hartawan

Yang lahir bukan sekadar agamawan

Yang lahir bukan sekadar negarawan

Yang lahir bukan sekadar tokoh kemasyarakatan

Yang lahir bukan sekadar juara kebajikan

Yang lahir bukan sekadar olahragawan

Yang lahir bukan sekadar jaguh perdebatan

Tetapi RIJAL,

Dengan mereka ISLAM diagungkan

Oh alangkah bahagia

Oh alangkah mulia

Ketika itu

Aku, dan disisiku,

MURABBI.

PMPI 10′ (12-15 Julai / Mesir)

Noktah-noktah penting 62 tahun Nakbah Palestin

Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, “Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Kem Pelarian Nahrul Barid, Lubnan 1948

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

  1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
  2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Synagogue Yahudi yang baru dirasmikan, jaraknya 100 meter dari Qubbatus Sahra

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

  1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
  2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
  3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
  4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
  5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
  6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
  7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
  8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Perjuangan sudah sebati dengan kehidupan rakyat Palestin

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…

  1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
  2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
  3. Membuat persediaan perjuangan yang  sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
  4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
  5. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Semoga kita bertemu di Baitul Maqdis.

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.

* Beliau juga adalah merupakan Perunding Aman Palestin


Motivational Talk (Mansoura,08/04/10)

Image and video hosting by TinyPic

Survival Umat Islam di Malaysia, Cabaran dan Harapan (Cairo,7/4/10)

Fiqh Luar Negara (Mansoura-26/3/10)

Siri satu
Tentu anda ingin tahu.
1. anda diharuskan menjamakkan solat kerana sibuk atau hujan
2. berapakah jarak perjalanan yang diharuskan untuk menjamakkan solat anda?

Kelas Fiqh Luar Negara, merupakan satu usaha dalam menyediakan alternatif
mudah dan panduan ringkas dalam bermusafir. Terutama untuk komuniti
pelajar yang bermastautin di luar negara. Pembentangan menfokuskan mazhab
syafie, dengan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain. Pihak kami menyediakan
nota sebagai rujukan ringkas. Bentuk penyampaian yang mudah, dan ringan diharap
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh hadirin.

Jumpa disana!

Image and video hosting by TinyPic