Archive for the ‘ Society ’ Category

Pengerusi Untuk Semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t

Salam Pemilihan.

Bahang kempen calon-calon AJKT panas hingga menimbulkan bibit-bibit yang negatif. Harap kita semua dapat bertenang.

Saya senang untuk membicarakan pemimpin untuk semua yakni PENGERUSI untuk Semua. Apa maksudnya? Pengerusi yang diterima oleh semua pihak – kuliah Perubatan Konvensional, Manchester , Pergigian dan Farmasi.

Ada pihak mengatakan faktor ini tidak berapa penting. Pendapat saya, faktor X ini sangat penting bagi menjamin sistem penyampaian dan penerimaan warga Mansoura terhadap Pengerusi serta barisan EXCO berjalan dengan berkesan.

Selain menjalan tugas-tugas sampingan seperti merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan lain-lain, Pengerusi juga menjadi agen penyatuan atau ICON OF UNITY.

Dengan peningkatan pelajar mencecah 1000 orang , perkara ini harus diutamakan. Realitinya kondisi kita bukan seperti dahulu. Pelajar-pelajar Manchester, Pergigian dan Farmasi sudah melebihi pelajar Konvensional. Adalah perkara mendesak melantik Pengerusi yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar kuliah lain. Saban tahun mereka makin menjauhi daripada PCM. Kemasukan pelajar ke Kuliah Konvensional sudah teramat kurang dan menghampiri ZERO (terbaru hanya 2 pelajar saja di tahun 1). Cuba anda bayang dan fikirkan, jika penerimaan mereka terhadap PCM kekal begitu dan statik, 3 4 tahun akan datang wujudkah lagi persatuan yang kita cintai ini jika perkara ini tidak dititikberatkan?

Pengerusi haruslah dilantik daripada kalangan mereka yang boleh berinteraksi dan ‘masuk’ dengan semua pihak dan tidak statik. Dengan kebolehan ini, kita akan dapat meningkatkan sistem penyampaian kita.

Sekiranya pemimpin itu diterima ramai, keyakinan ahli dan warga Mansoura akan bertambah ini secara langsung akan menarik minat mereka lain yang selama ini tidak menghiraukan persatuan ini.

Merencana – Implementasi – Penyampaian – Penerimaan

4Elemen yang penting dalam menjamin PCM diterima. Sudah tentu perkara ini bermula dengan Pengerusi.

Berbalik kepada ICON OF UNITY. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Calon Timbalan Pengerusi, Saudari Qatrunada, Pengerusi haruslah diterima oleh semua pihak demi menjana kesatuan yang kukuh antara warga Mansoura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fikrah, dan fahaman.

Untuk menjamin kesatuan, kita perlu ingat, PERUBATAN Cawangan Mansoura adalah Persatuan dan bersifat neutral. Jadi kita juga memerlukan seorang pemimpin khususnya PENGERUSI yang memiliki sifat yang neutral dan adil dalam memberi pandangan serta bertindak dengan rasional dan relevan tanpa mengira fahaman atau jemaah. Saya pasti perkara ini akan dikecam hebat oleh sesetengah pihak.

Konklusi, kita warga Mansoura haruslah berfikir ‘beyond expectation and tommorow’.  Mengundi Pengerusi yang diterima oleh segenap lapisan warga Mansoura amat mendesak demi menjamin fungsi dan kemandirian persatuan ini untuk beberapa tempoh yang diizinkan Allah SWT. Persoalannya adakah anda sebagai pengundi memerlukan Pengerusi yang diterima oleh semua warga Mansoura ? Atau anda masih anda yang telah selesa dengan amal dan kepentingan terus syok sendiri ? Renung dan fikir-fikirkanlah.

Maaf jika menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Niat hanya untuk melontarkan idea dan pendapat.

Sekian. wassalam

http://ashrafshabadin.blogspot.com/

Democracy in Crisis

democracy-crisis

What started as an experiment in Athens over two thousand years ago eventually pervaded every continent and every land.  Democracy, Democracy, Democracy is the repeated call that bellows from the four corners of the globe. It is the established order in a chaotic and unstable world, where every critic of democracy is viewed with heretical suspicion. For every political problem, we are told, lies a democratic solution. For every civilization, for every country for every tribe, for every time – goes the mantra – democracy is the claimed answer to all our ills. In the poetic words of a RAWA (Revolutionary Association of the Women in Afghanistan) activist, democracy will cure all wounds and bring a dawn of freedom. Continue reading

How Capitalism killed Football

Liverpool FC was one of the last remaining clubs to have kept out corporate influence in the premier league and maintained its institutional values. But the current crisis and lack of silverware has seen Liverpool abandon the collective values developed by Bill Shankly in the 1960’s and become the target of predatory corporations looking for quick profits.

Continue reading

Ulasan 2 – Teori Kebangkitan Pemikiran (K1.1)

Review post sebelumnya

Teks Kitab نظام الاسلام (Peraturan Islam), tajuk 1- طريق الايمان (Jalan Menuju Keimanan)

Kebangkitan pemikiran bermula apabila kita mula berfikir tentang perkara yang paling basis iaitu tentang hidup,alam semesta, dan manusia, serta hubungan ketiganya dengan Zat yang ada sebelum alam kehidupan dan alam yang ada sesudah kehidupan dunia. Sebagai contoh tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dalam Kembara Mencari Tuhan yang tercatat di dalam Al-Quran (Al An’aam 74-79): Continue reading

Ulasan 1 – Intro Jalan Menuju Keimanan (K1.1)

Review post sebelumnya

Teks Kitab نظام الاسلام (Peraturan Islam), tajuk 1- طريق الايمان (Jalan Menuju Keimanan)

Sejarah membuktikan kebangkitan manusia itu terjadi apabila ‘terbangkitnya’ pemikiran dan sebaliknya.Apabila manusia tidak terbangkit (atau terlena) pemikiran,maka terumbang-ambinglah mereka hidup tanpa arah tujuan dan menjadilah mereka hamba kepada segala macam perkara seperti wang,wanita,hiburan dan dunia itu sendiri. Dan kelalaian/keterlenaan ini telah menjatuhkan banyak empayar-empayar besar terutama kerajaan warisan Rasulullah S.A.W iaitu Kerajaan Khilafah Islamiah. Continue reading

K1.1 – Teks Kitab طريق الايمان (JALAN MENUJU IMAN)

JALAN MENUJU IMAN

Bangkitnya manusia tergantung pada pemikirannya tentang hidup1), alam semesta, dan manusia, serta hubungan ketiganya dengan Zat yang ada sebelum alam kehidupan dan alam yang ada sesudah kehidupan dunia. Continue reading

SN004 – YA ALLAH! DEMI RAMADHAN YANG MULIA INI, ENGKAU HANCURKANLAH PEMIMPIN YANG JAHAT DAN BERILAH KEMENANGAN KEPADA PEJUANG AGAMAMU

SN Keluaran 27 Ogos 2010

alt

YA ALLAH! DEMI RAMADHAN YANG MULIA INI, ENGKAU HANCURKANLAH PEMIMPIN YANG JAHAT DAN BERILAH KEMENANGAN KEPADA PEJUANG AGAMAMU

[SN004] Tatkala kita diuji oleh Allah SWT dengan sedikit kelaparan dan dahaga di bulan Ramadhan yang mulia ini, sedarkah bahawa sebahagian dari saudara-saudara kita di seluruh dunia menerima ujian yang jauh lebih hebat dari kita? Di Pakistan sebagai contoh, banjir besar yang melanda negara itu telah meranapkan ribuan rumah, tanaman, kenderaan dan harta-benda lainnya. Ribuan nyawa juga telah terkorban dan jutaan yang lain sedang menanggung pelbagai penderitaan akibat kekurangan air bersih serta makanan, ubat-ubatan, wabak penyakit dan pelbagai lagi. Namun para pemimpin Pakistan masih berada dalam keadaan serba mewah, malah mereka kini sedang bertelagah sesama sendiri untuk mengagihkan dana bantuan dari luar yang mencecah USD500 juta, sedangkan dalam masa yang sama ratusan ribu rakyatnya masih tidak menerima sebarang bantuan. Sungguh, derita umat ini tidak pernah berhenti, malah bertambah parah dari hari ke hari akibat tindakan para pemimpin mereka yang rakus dan penuh kejahatan. Continue reading