Archive for the ‘ Sautun Nahdhah (Suara Kebangkitan) ’ Category

SN020 – Arab Saudi Dan Pengkhianatan Keluarga Saud

SN Keluaran 11 Mac 2011

alt

ARAB SAUDI DAN PENGKHIANATAN KELUARGA SAUD

[SN020] Angin perubahan di negara-negara Arab nampaknya semakin bertiup kencang dan kini telah mula menerjah ke Arab Saudi. Walaupun ia baru menampakkan bayangnya, namun arus kebangkitan yang bermula dari Tunisia ini sudah cukup untuk menakutkan penguasa Saudi. Arab Saudi menyaksikan perhimpunan rakyat yang pertama pada hari Jumaat lepas sebagai tanda tidak puas hati terhadap pemerintahan beraja keluarga Saud yang telah mencengkam bumi kelahiran Rasulullah itu sejak tahun 1932. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan pada hari Sabtu lalu (5/3/2011) bahawa tindakan berdemonstrasi adalah dilarang di dalam kerajaan Arab Saudi kerana ia “bertentangan dengan syariat Islam.” Kementerian menyatakan bahawa pasukan keamanan mempuyai kuasa untuk mengambil “semua langkah-langkah” untuk mencegah “usaha-usaha yang mengganggu rejim”, demikian menurut sumber berita rasmi Arab Saudi. Continue reading

SN019 – Mempersiapkan Suasana Thalabun Nusrah Untuk Meraih Kekuasaan

SN Keluaran 25 Februari 2011

alt

MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

[SN019] Selepas Tunisia dan Mesir, dunia kini menyaksikan domino effect (kesan domino) dari kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang melanda negara-negara Arab lainnya seperti Yemen, Bahrain, Maghribi dan yang semakin membesar sekarang, Libya. Dari kebangkitan besar-besaran yang berlaku ini yang disifatkan sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power), satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah adanya ‘kuasa tentera’ di dalam menentukan kejayaan revolusi dan pemerintahan sesebuah negara. Sesungguhnya rakyat tidak akan dapat menjatuhkan suatu rejim sekiranya tidak mendapat sokongan dari tentera, sepertimana yang telah kita lihat di Tunisia, Mesir, Indonesia dan lain-lain. Di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir (Hizb) telah menjelaskan secara terperinci betapa pentingnya kedudukan tentera selaku pihak yang mesti dituntut pertolongan (thalabun nusrah) demi meraih kekuasaan. Continue reading

SN018 – Seruan Hizbut Tahrir Kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir

SN Keluaran 18 Februari 2011

alt

SERUAN HIZBUT TAHRIR KEPADA MAJLIS TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MESIR

[SN018] Pada 10 Februari 2011 Mubarak muncul di siaran televisyen kerajaan dan dengan penuh sombong menyatakan bahawa dia tidak akan meletak jawatan sehinggalah pilihanraya pada bulan September nanti. Namun pada keesokannya, Allah Yang Maha Kuasa telah merentap kekuasaan Mubarak yang kejam itu. Sebelum kejatuhannya, seluruh dunia Islam menunggu dan menyaksikan dengan penuh harapan agar Mubarak yang terkenal brutal itu tumbang dari kerusi pemerintahan yang telah didudukinya selama 30 tahun. Diktator Mesir itu akhirnya tersungkur dengan hina dari takhtanya selepas 18 hari protes besar-besaran tanpa henti dari rakyatnya sendiri. Kekuasaan Mubarak sebagai Firaun alaf baru itu, kini tinggal menjadi sejarah busuk pemerintahan Mesir secara khususnya dan pemerintahan dunia secara amnya. Continue reading

SN017 – Mesir Bangkitlah Menuju Perubahan Hakiki Dengan Khilafah

SN Keluaran 04 Februari 2011

alt

MESIR – BANGKITLAH MENUJU PERUBAHAN HAKIKI DENGAN KHILAFAH!

[SN017] Setelah Tunisia, kini Mesir pula bergolak dengan protes dari rakyat secara besar-besaran sejak 25 Januari lalu untuk menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak. Setakat ini sudah ratusan jiwa terkorban dalam rangkaian tunjuk perasaan tersebut dan lebih dari 1000 yang lainnya telah ditangkap oleh pasukan keamanan Mesir. Revolusi Mesir ini dikatakan terilham dari Revolusi Melati di Tunisia yang berhasil menggulingkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, setelah berkuasa selama 23 tahun. Inspirasi yang sama juga telah menjalar ke Algeria, Yemen dan Jordan dan tidak mustahil akan juga merebak ke Syria, Libya, Sudan, Saudi Arabia dan negara-negara lain. Continue reading

SN016 – Tunisia Perlukan Khilafah, Bukan Sekadar Pertukaran Pemimpin

SN Keluaran 21 Januari 2011

alt

TUNISIA PERLUKAN KHILAFAH, BUKAN SEKADAR PERTUKARAN PEMIMPIN

[SN016] Pemerintahan rejim Tunisia di bawah Presiden Zine al-Abidine Ben Ali akhirnya tumbang. Pemerintah kejam ini akhirnya telah menghilangkan diri setelah tidak dapat membendung demonstrasi besar-besaran oleh rakyatnya yang mendesak pengundurannya. Ben Ali yang awalnya berusaha menentang demonstrasi dengan puluhan nyawa terkorban sejak ia mula meletus, akhirnya terpaksa mengalah. Kegagalan Ben Ali mensejahterakan rakyat dan ditambah dengan pemerintahannya yang represif selama ini membuatkan rejim ini akhirnya tersungkur oleh kebangkitan rakyat. Penguasa diktator yang telah memerintah selama 23 tahun itu dilaporkan telah cabut lari ke Arab Saudi pada 14 Januari lepas.  Continue reading

SN015 – Muhasabah Terhadap Harakah Islam Yang Mengakui Sistem Taghut

SN Keluaran 7 Januari 2011

alt

MUHASABAH TERHADAP HARAKAH ISLAM YANG MENGAKUI SISTEM TAGHUT

[SN015] Setelah hancurnya Daulah Khilafah pada tahun 1924, banyak harakah (gerakan) Islam yang telah muncul dan bangkit berjuang untuk mengembalikan kejayaan Islam. Pelbagai harakah Islam ini berjuang dengan tujuan, idea dan metode perjuangan masing-masing. Walaupun jalan yang diambil oleh harakah Islam ini berbeza-beza, namun Insya Allah semuanya mendapat ganjaran dari Allah SWT selama mana mereka ikhlas berjuang untuk Islam dan menuruti jalan yang lurus. Namun begitu, tidak semua perjuangan ini relevan dengan qadhiyah masiriyah (masalah utama) umat Islam atau sesuai dengan tuntutan ajaran Islam dalam melakukan taghyir (perubahan). Jadi, ‘ikhlas’ sahaja tidaklah mencukupi meskipun keikhlasan memang tuntutan mendasar dalam amal perjuangan. Keikhlasan mestilah disertai dengan pemahaman dan pelaksanaan HUKUM-hukum Islam secara benar di dalam usaha untuk melakukan perubahan yang dikehendaki oleh syarak. Kebenaran hanya akan dapat dicapai apabila kita berpandu kepada nas (Al-Quran dan Sunnah), bukannya kepada akal. Continue reading

SN014 – Cabaran Dan Tentangan Sejurus Berdirinya Khilafah

SN Keluaran 31 Disember 2010

alt

CABARAN DAN TENTANGAN SEJURUS BERDIRINYA KHILAFAH

[SN014] Setelah selesai Barisan Nasional (BN) mengadakan konvensyennya pada 5/12/2010 baru-baru ini, Pakatan Rakyat (PR) pula mengadakan perjumpaan yang sama pada 19/12/2010 yang bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Konvensyen PR yang membawa tema ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ itu antara lain menawarkan pelbagai janji kepada rakyat Malaysia di dalam 100 hari pertama pemerintahannya sekiranya mereka berjaya menjejakkan kaki ke Putrajaya. Di antara janji tersebut adalah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan, menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman, menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak kepada 20%, menstruktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi. Continue reading