Archive for the ‘ PERUBATAN & PCM ’ Category

Pengerusi Untuk Semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t

Salam Pemilihan.

Bahang kempen calon-calon AJKT panas hingga menimbulkan bibit-bibit yang negatif. Harap kita semua dapat bertenang.

Saya senang untuk membicarakan pemimpin untuk semua yakni PENGERUSI untuk Semua. Apa maksudnya? Pengerusi yang diterima oleh semua pihak – kuliah Perubatan Konvensional, Manchester , Pergigian dan Farmasi.

Ada pihak mengatakan faktor ini tidak berapa penting. Pendapat saya, faktor X ini sangat penting bagi menjamin sistem penyampaian dan penerimaan warga Mansoura terhadap Pengerusi serta barisan EXCO berjalan dengan berkesan.

Selain menjalan tugas-tugas sampingan seperti merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan lain-lain, Pengerusi juga menjadi agen penyatuan atau ICON OF UNITY.

Dengan peningkatan pelajar mencecah 1000 orang , perkara ini harus diutamakan. Realitinya kondisi kita bukan seperti dahulu. Pelajar-pelajar Manchester, Pergigian dan Farmasi sudah melebihi pelajar Konvensional. Adalah perkara mendesak melantik Pengerusi yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar kuliah lain. Saban tahun mereka makin menjauhi daripada PCM. Kemasukan pelajar ke Kuliah Konvensional sudah teramat kurang dan menghampiri ZERO (terbaru hanya 2 pelajar saja di tahun 1). Cuba anda bayang dan fikirkan, jika penerimaan mereka terhadap PCM kekal begitu dan statik, 3 4 tahun akan datang wujudkah lagi persatuan yang kita cintai ini jika perkara ini tidak dititikberatkan?

Pengerusi haruslah dilantik daripada kalangan mereka yang boleh berinteraksi dan ‘masuk’ dengan semua pihak dan tidak statik. Dengan kebolehan ini, kita akan dapat meningkatkan sistem penyampaian kita.

Sekiranya pemimpin itu diterima ramai, keyakinan ahli dan warga Mansoura akan bertambah ini secara langsung akan menarik minat mereka lain yang selama ini tidak menghiraukan persatuan ini.

Merencana – Implementasi – Penyampaian – Penerimaan

4Elemen yang penting dalam menjamin PCM diterima. Sudah tentu perkara ini bermula dengan Pengerusi.

Berbalik kepada ICON OF UNITY. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Calon Timbalan Pengerusi, Saudari Qatrunada, Pengerusi haruslah diterima oleh semua pihak demi menjana kesatuan yang kukuh antara warga Mansoura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fikrah, dan fahaman.

Untuk menjamin kesatuan, kita perlu ingat, PERUBATAN Cawangan Mansoura adalah Persatuan dan bersifat neutral. Jadi kita juga memerlukan seorang pemimpin khususnya PENGERUSI yang memiliki sifat yang neutral dan adil dalam memberi pandangan serta bertindak dengan rasional dan relevan tanpa mengira fahaman atau jemaah. Saya pasti perkara ini akan dikecam hebat oleh sesetengah pihak.

Konklusi, kita warga Mansoura haruslah berfikir ‘beyond expectation and tommorow’.  Mengundi Pengerusi yang diterima oleh segenap lapisan warga Mansoura amat mendesak demi menjamin fungsi dan kemandirian persatuan ini untuk beberapa tempoh yang diizinkan Allah SWT. Persoalannya adakah anda sebagai pengundi memerlukan Pengerusi yang diterima oleh semua warga Mansoura ? Atau anda masih anda yang telah selesa dengan amal dan kepentingan terus syok sendiri ? Renung dan fikir-fikirkanlah.

Maaf jika menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Niat hanya untuk melontarkan idea dan pendapat.

Sekian. wassalam

http://ashrafshabadin.blogspot.com/

Advertisements

L.E FOR GAZA CAMPAIGN (MANSOURA BRANCH)

OFFICAL ADVERTISEMENT REGARDING OUR CAMPAIGN!!!
Spread the love…spread it all over…

Show your support to make it different!!!

stay tune for more info…serve this as our main channel in MANSOURA…

http://www.gelombangummah.blogspot.com/

Every Le counts!
DONT HESITATE TO DO SO IF THE BOX COMING TO YOU….

OUR AIM:
100 LE PER PERSON…

P/S-PLEASE GRAB THE PICTURE n PUT THEM IN UR BLOG 🙂

LIFELINE 4 GAZA

LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SIEGE
Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Untuk itu, PERUBATAN mengambil peluang ini untuk menyeru seluruh warga PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama turut serta dalam menyumbang dalam menyumbang untuk program ini. InsyaAllah, suatu jawatankuasa sedang dirangka khas untuk memikirkan bentuk-bentuk bantuan yang difikirkan sesuai oleh warga PERUBATAN di Mesir untuk program khusus ini.

Sebarang cadangan untuk menggerakkan jawatankuasa ini bolehlah dimajukan terus kepada pengarah projek ini iaitu: Saudara Muhammad Khairul Razikin Bin Ramlan 010-0147317Nantikan email seterusnya berkenaan bentuk sumbangan yang boleh disalurkan oleh semua warga PERUBATAN. Jadilah warga yang prihatin akan ummahnya, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu saudara kita kalau bukan kita. Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan diFacebook Fan Page.

“Alangkah hebatnya deen ini apabila memiliki PEMUDA/i yang BERJIWA BESAR…” (Ibn Qayyim)

“Last night’s dreams are today’s realities” (IHAB)

Exam Fever Campaign 10′

Musim peperiksaan sudah pun bermula! Sekian kalinya, Unit Akademik PCM menganjurkan kempen Exam Fever Campaign bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2010. Dengan bertemakan ‘You Reap What You Sow!’, kami berharap agar dapat mencapai beberapa objektif yang disasarkan kepada semua mahasiswa/wi iaitu:
  • Memberi motivasi secara berkala dan berterusan kepada pelajar
  • Menghidupkan suasana budaya ilmu
  • Mensasarkan sifar repeat year
  • Menerapkan kempen biah solehah

Bagi memantapkan perjalanan kempen ini, kami mengadakan 6 kempen kecil yang lebih khusus dengan bertemakan:

  • Support Each Other, Let’s Excel Together
  • 7 Hours Of Study & Mumtaz is The Destiny
  • In Unity We Pray, In Unity We Study!
  • Beat The Stress By 3S’s
  • Sins Left, Aurah Covered, Ikhtilat Avoided & Lesson Memorized In One Go
  • Focus On One Goal & Leave The Others Behind

Beberapa gerak kerja dirancang bagi menjayakan kempen ini seperti:

  • Memberikan penanda buku secara percuma kepada semua mahasiswa/wi
  • Mengedarkan stiker doa memulakan pembelajaran
  • Menyebarkan kata-kata motivasi dan semangat melalui Yahoo! Messenger
  • Menjalankan wawancara bersama mahasiswa/wi cemerlang untuk perkongsian teknik belajar
  • Memaparkan jadual peperiksaan
  • Menghasilkan wallpaper jadual dan motivasi

Bujang Senang = Darul Rahmah = Darul Ulum

[Study+at+darul+rahmah+copy.jpg]

[Iklan-Library.jpg]

Cultural Day 10,Mansoura University,Egypt

[culture+day.png]

EXSUS ’10 – EKSPLORASI KHAZANAH ULAMA SILAM

[reg-exsus+copy.jpg]