Archive for the ‘ SN010 – Amerika Ditatang,Islam Ditentang! ’ Category

SN010 – Amerika Ditatang,Islam Ditentang!

SN Keluaran 12 November 2010

alt
AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!

[SN010] Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu. HTI telah menyelenggarakan perhimpunan ulama di kota-kota utama di Indonesia di mana ribuan ulama telah bersepakat untuk menolak kehadiran Obama kerana ia bertentangan dengan Islam. “Obama adalah presiden negara kafir muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) dan tidak layak diterima sebagai tetamu”, demikian ujar Ustaz Ismail Yusanto, jurucakap rasmi HTI. Kemuncak kepada usaha untuk menekan presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar tidak menerima kehadiran rakan sejawatnya dari AS itu adalah demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh HTI pada 7 November dengan menyaksikan lebih kurang 15 ribu anggota dan penyokong Hizbut Tahrir berarak dari Istana Negara hingga ke depan Kedutaan Besar AS, dengan membawa slogan dan sepanduk membantah keras lawatan Obama ke Indonesia. Di Malaysia, lebih kurang seminggu sebelumnya, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton telah melakukan lawatan ke sini.  Continue reading
Advertisements