Archive for the ‘ SN009- Mahukah Anda Berzina Dengan Ibu Sendiri? ’ Category

SN009- Mahukah Anda Berzina Dengan Ibu Sendiri?

SN Keluaran 5 November 2010

alt
MAHUKAH ANDA BERZINA DENGAN IBU SENDIRI?

[SN009] Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan 1st World Conference On Riba (Konferens Pertama Dunia Tentang Riba) pada 1 dan 2 November lepas. Konferens dua hari yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunis Putra (PWTC) itu menyaksikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sebagai pembuka dan pemberi ucaptama majlis. Konferens ini bagaimanapun tidak mendapat liputan meluas dan amat sukar untuk mengakses informasi lanjut mengenainya. Namun menurut laman webnya, konferens ini menghadirkan 11 orang ahli panel dari dalam dan luar negara, antaranya Syeikh Seraj Hendriks (mufti dan imam Cape Town, Afrika Selatan), Syeikh Imran N. Hosein (imam dan pengarang, Trinidad & Tobago), David Musa Pidcock (pemimpin Parti Islam Britain), Rodney Shakespeare (Christian Council For Monetary Justice, United Kingdom), Dr. Ahamed Kameel Myden Meera (profesor UIA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Penyelidik, Akademi Pemyelidikan Syariah Antarabangsa) dan juga Dato’ Seri Dr. Zambri Abdul Kadir (Menteri Besar Perak). Continue reading
Advertisements