Archive for the ‘ SN006 – Nyawa Hilang Nilai Hasil Penolakan Sistem Islam ’ Category

SN006 – Nyawa Hilang Nilai Hasil Penolakan Sistem Islam

SN Keluaran 24 September 2010

alt

Nyawa Hilang Nilai Hasil Penolakan Sistem Islam

[SN006] Kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang dipercayai dibunuh dengan cara yang kejam sememangnya menggemparkan negara. Walaupun kes ini bukanlah kes yang pertama seumpamanya, kerana sebelum ini negara telah pun digemparkan dengan kes Altantuya yang mayatnya diletupkan dengan bom khas yang tidak boleh didapati oleh orang awam. Kematian keempat-empat orang mangsa kali ini amatlah tragis, apatah lagi kerana kesemua mangsa telah dilaporkan hilang beberapa bulan sebelumnya tanpa ada siasatan dari pihak polis. Dalam masa yang hampir sama, negara juga dikejutkan dengan kematian seorang ustazah, Norliza Ishak dan anaknya, yang dipercayai dibunuh oleh jirannya sendiri. Sebelum ini, kita mendengar begitu banyak kes penderaan dan pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak, bunuh bayi dan banyak lagi pembunuhan lainnya yang cukup mengerikan. Ini belum mengambil kira kes-kes jenayah lain lagi yang semakin hari semakin menakutkan. Continue reading

Advertisements