Archive for the ‘ Fiqh ’ Category

SN013 – WIKILEAKS: Antara Bukti Kejahatan Pemimpin Dan Tajassus

SN Keluaran 17 Disember 2010

alt

WIKILEAKS: ANTARA BUKTI KEJAHATAN PEMIMPIN DAN TAJASSUS

[SN013] Laman web Wikileaks telah berjaya mengecohkan dunia dengan menyiarkan kabel diplomatik Amerika. Dalam kes ini, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton sendiri tidak menafikan kesahihannya atau cuba mengatakan bahawa berita ini adalah dusta atau tidak berasas atau sebagainya. AS nampaknya ‘terpaksa’ akur dengan kebenarannya, dan dalam masa yang sama berusaha untuk menangkap pengasas Wikileaks, Julian Assange kerana telah melakukan perbuatan yang telah membahayakan kedudukan Amerika. Jerat sudah makan tuan! Mungkin inilah peribahasa yang paling sesuai diberikan kepada penganut dan pengamal demokrasi (kebebasan bersuara) seperti Amerika Syarikat apabila pekung yang membusung selama ini yang menjadi rahsia kebusukan dasar politiknya didedahkan oleh Wikileaks. Continue reading

SN009- Mahukah Anda Berzina Dengan Ibu Sendiri?

SN Keluaran 5 November 2010

alt
MAHUKAH ANDA BERZINA DENGAN IBU SENDIRI?

[SN009] Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan 1st World Conference On Riba (Konferens Pertama Dunia Tentang Riba) pada 1 dan 2 November lepas. Konferens dua hari yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunis Putra (PWTC) itu menyaksikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sebagai pembuka dan pemberi ucaptama majlis. Konferens ini bagaimanapun tidak mendapat liputan meluas dan amat sukar untuk mengakses informasi lanjut mengenainya. Namun menurut laman webnya, konferens ini menghadirkan 11 orang ahli panel dari dalam dan luar negara, antaranya Syeikh Seraj Hendriks (mufti dan imam Cape Town, Afrika Selatan), Syeikh Imran N. Hosein (imam dan pengarang, Trinidad & Tobago), David Musa Pidcock (pemimpin Parti Islam Britain), Rodney Shakespeare (Christian Council For Monetary Justice, United Kingdom), Dr. Ahamed Kameel Myden Meera (profesor UIA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Penyelidik, Akademi Pemyelidikan Syariah Antarabangsa) dan juga Dato’ Seri Dr. Zambri Abdul Kadir (Menteri Besar Perak). Continue reading

SN008 – Islamic Fashion Festival (IFF) Menghina Islam!

alt
ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENGHINA ISLAM!

[SN008] Jika selama ini kita hanya mendengar dan menyaksikan puak kuffar menghina Islam tetapi kali ini kita dikejutkan dengan peristiwa penghinaan ke atas Islam yang terjadi di Islamic Fashion Festival (IFF)  yang berlangsung di Sporting Club, Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Walaupun festival tersebut telah lebih dua bulan berlalu, namun gambar-gambar dan video mengenainya agak baru sahaja tersiar di internet yang menunjukkan betapa majlis tersebut telah menghina Islam. Continue reading

SN006 – Nyawa Hilang Nilai Hasil Penolakan Sistem Islam

SN Keluaran 24 September 2010

alt

Nyawa Hilang Nilai Hasil Penolakan Sistem Islam

[SN006] Kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang dipercayai dibunuh dengan cara yang kejam sememangnya menggemparkan negara. Walaupun kes ini bukanlah kes yang pertama seumpamanya, kerana sebelum ini negara telah pun digemparkan dengan kes Altantuya yang mayatnya diletupkan dengan bom khas yang tidak boleh didapati oleh orang awam. Kematian keempat-empat orang mangsa kali ini amatlah tragis, apatah lagi kerana kesemua mangsa telah dilaporkan hilang beberapa bulan sebelumnya tanpa ada siasatan dari pihak polis. Dalam masa yang hampir sama, negara juga dikejutkan dengan kematian seorang ustazah, Norliza Ishak dan anaknya, yang dipercayai dibunuh oleh jirannya sendiri. Sebelum ini, kita mendengar begitu banyak kes penderaan dan pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak, bunuh bayi dan banyak lagi pembunuhan lainnya yang cukup mengerikan. Ini belum mengambil kira kes-kes jenayah lain lagi yang semakin hari semakin menakutkan. Continue reading

FQ003-The Prohibition of Riba (Sheikh Imran Hosein)

Continue reading

Ulama Empat Mazhab Mewajibkan Khilafah

Pada umumnya, para ulama empat mazhab tidak pernah berselisih pendapat mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang bertanggungjawab melakukan tugas ri’âyah suûn al-ummah (mengatur urusan umat). Continue reading

Rukyah atau Hisab (Astronomi)?

Persoalan paling asas yang perlu dipecahkan ialah, menentukan kaedah yang paling benar untuk menentukan Takwim Islam, adakah kita menerima pakai kaedah Rukyatul Hilal atau Kaedah hisab (astronomi). Bila kita meneliti hujah tentang rukyah dan hisab, kita akan berkesimpulan bahawa rukyah adalah satu-satu tariqah (jalan) untuk permulaan Taqwim Islam. Perkara ini dapat dibuktikan sebagai berikut: Continue reading