170 Penyokong Jihad Islam ditahan oleh militia pimpinan Abbas di Tebing Barat.
Rabu , 04/11/2009 – Seorang jurucakap Jihad Islam menuduh pasukan keselamatan militia yang setia kepada Abbas menahan 170 orang Jihad Islam termasuk pemimpin, ahli-ahli, serta penyokongnya.
Jurucakap Abu Mahmoud berkata tujuan penahanan itu adalah untuk mengekang penganjuran perarakan yang bakal diadakan untuk mengingati as-syahid Fathi Al-Shiqaqi yang dibunuh oleh perisik Israel. Beliau menyeru pimpinan di Gaza dan Damascus bertindak bagi menghentikan segera penganiayaan mereka.
Hamas mengeluarkan kenyataan bahawa militia tersebut telah menculik 82 orang penyokong Hamas pada bulan Oktober sementara kerajaan haram Salam Fayyadh memecat berpuluhan guru dan kakitangan awam yang ada kaitan dengan Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous