SN014 – Cabaran Dan Tentangan Sejurus Berdirinya Khilafah

SN Keluaran 31 Disember 2010

alt

CABARAN DAN TENTANGAN SEJURUS BERDIRINYA KHILAFAH

[SN014] Setelah selesai Barisan Nasional (BN) mengadakan konvensyennya pada 5/12/2010 baru-baru ini, Pakatan Rakyat (PR) pula mengadakan perjumpaan yang sama pada 19/12/2010 yang bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Konvensyen PR yang membawa tema ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ itu antara lain menawarkan pelbagai janji kepada rakyat Malaysia di dalam 100 hari pertama pemerintahannya sekiranya mereka berjaya menjejakkan kaki ke Putrajaya. Di antara janji tersebut adalah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan, menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman, menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak kepada 20%, menstruktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi. Continue reading

SN013 – WIKILEAKS: Antara Bukti Kejahatan Pemimpin Dan Tajassus

SN Keluaran 17 Disember 2010

alt

WIKILEAKS: ANTARA BUKTI KEJAHATAN PEMIMPIN DAN TAJASSUS

[SN013] Laman web Wikileaks telah berjaya mengecohkan dunia dengan menyiarkan kabel diplomatik Amerika. Dalam kes ini, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton sendiri tidak menafikan kesahihannya atau cuba mengatakan bahawa berita ini adalah dusta atau tidak berasas atau sebagainya. AS nampaknya ‘terpaksa’ akur dengan kebenarannya, dan dalam masa yang sama berusaha untuk menangkap pengasas Wikileaks, Julian Assange kerana telah melakukan perbuatan yang telah membahayakan kedudukan Amerika. Jerat sudah makan tuan! Mungkin inilah peribahasa yang paling sesuai diberikan kepada penganut dan pengamal demokrasi (kebebasan bersuara) seperti Amerika Syarikat apabila pekung yang membusung selama ini yang menjadi rahsia kebusukan dasar politiknya didedahkan oleh Wikileaks. Continue reading

SN012 – Hijrah Rasullullah Adalah Keluar Dari Darul Kufur Menuju Darul Islam

SN Keluaran 10 Disember 2010

alt

HIJRAH RASULULLAH – KELUAR DARI DARUL KUFUR MENUJU DARUL ISLAM

[SN012] Tindakan dan makna politik penting dari hijrahnya Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang sering dilupa dan dilalaikan oleh umat Islam adalah kewajipan menegakkan Negara Islam (ad-Daulah al-Islamiyah). Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah sesungguhnya merupakan titik penting dalam babak perjuangan baginda beserta para sahabat di dalam menegakkan agama Allah di mana dari situlah lahirnya sebuah Daulah Islam. Madinah merupakan Negara Islam pertama di dunia yang didirikan oleh Rasulullah SAW yang dibangun berdasarkan aqidah Islam. Rasulullah SAW diangkat menjadi pemimpin Negara yang bertanggungjawab mengurus urusan umat (rakyat) secara keseluruhan. Sementara hukum (undang-undang) yang berlaku adalah hukum Islam secara keseluruhan menggantikan hukum Jahiliyyah yang sesat dan zalim. Continue reading

Wikileaks confirms the treachery of the Ummah’s Rulers

http://wikileaks.org/

The recent wikileaks releases have sent shock waves around the world exposing the views of western diplomats regarding foreign governments and individuals. Causing a mixture of embarrassment and political incidents, the leaks have left the American government scrambling around the world to maintain damage control. In addition to America’s humiliation, the leaks have given the world a better understanding of western views of other heads of state, as well as confirmation of the true nature of the Muslim rulers.  Continue reading

SN011 – PILIHANRAYA : Sampai Bila Akan Menjadi Topeng Demokrasi

logo SN

[SN011] Mansurah,23 November – Sejak  pengumuman calon pada 15/11 yang lalu,PilihanRaya PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) Sesi 10/11 telah menarik semula perhatian majoriti dari komuniti sains kesihatan mansurah yang selama ini tidak mengendahkan persatuan yang berusia sekitar 4-5 tahun ini. Kalau dilihat pada carta PilihanRaya PCM 09/10 pada tahun lepas oleh JPC 09′ menyaksikan jumlah peratus yang turun mengundi hanya sekitar 15%,tahun ini dapat kita menharapkan peratusan yang lebih besar turun mengundi terutama kerana pengenalan sistem pencalonan baru oleh JPC 10′ yang dilihat dapat menghasilkan calon-calon yang lebih berdaya saing dan memecah tradisi. Continue reading

Pengerusi Untuk Semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t

Salam Pemilihan.

Bahang kempen calon-calon AJKT panas hingga menimbulkan bibit-bibit yang negatif. Harap kita semua dapat bertenang.

Saya senang untuk membicarakan pemimpin untuk semua yakni PENGERUSI untuk Semua. Apa maksudnya? Pengerusi yang diterima oleh semua pihak – kuliah Perubatan Konvensional, Manchester , Pergigian dan Farmasi.

Ada pihak mengatakan faktor ini tidak berapa penting. Pendapat saya, faktor X ini sangat penting bagi menjamin sistem penyampaian dan penerimaan warga Mansoura terhadap Pengerusi serta barisan EXCO berjalan dengan berkesan.

Selain menjalan tugas-tugas sampingan seperti merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan lain-lain, Pengerusi juga menjadi agen penyatuan atau ICON OF UNITY.

Dengan peningkatan pelajar mencecah 1000 orang , perkara ini harus diutamakan. Realitinya kondisi kita bukan seperti dahulu. Pelajar-pelajar Manchester, Pergigian dan Farmasi sudah melebihi pelajar Konvensional. Adalah perkara mendesak melantik Pengerusi yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar kuliah lain. Saban tahun mereka makin menjauhi daripada PCM. Kemasukan pelajar ke Kuliah Konvensional sudah teramat kurang dan menghampiri ZERO (terbaru hanya 2 pelajar saja di tahun 1). Cuba anda bayang dan fikirkan, jika penerimaan mereka terhadap PCM kekal begitu dan statik, 3 4 tahun akan datang wujudkah lagi persatuan yang kita cintai ini jika perkara ini tidak dititikberatkan?

Pengerusi haruslah dilantik daripada kalangan mereka yang boleh berinteraksi dan ‘masuk’ dengan semua pihak dan tidak statik. Dengan kebolehan ini, kita akan dapat meningkatkan sistem penyampaian kita.

Sekiranya pemimpin itu diterima ramai, keyakinan ahli dan warga Mansoura akan bertambah ini secara langsung akan menarik minat mereka lain yang selama ini tidak menghiraukan persatuan ini.

Merencana – Implementasi – Penyampaian – Penerimaan

4Elemen yang penting dalam menjamin PCM diterima. Sudah tentu perkara ini bermula dengan Pengerusi.

Berbalik kepada ICON OF UNITY. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Calon Timbalan Pengerusi, Saudari Qatrunada, Pengerusi haruslah diterima oleh semua pihak demi menjana kesatuan yang kukuh antara warga Mansoura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fikrah, dan fahaman.

Untuk menjamin kesatuan, kita perlu ingat, PERUBATAN Cawangan Mansoura adalah Persatuan dan bersifat neutral. Jadi kita juga memerlukan seorang pemimpin khususnya PENGERUSI yang memiliki sifat yang neutral dan adil dalam memberi pandangan serta bertindak dengan rasional dan relevan tanpa mengira fahaman atau jemaah. Saya pasti perkara ini akan dikecam hebat oleh sesetengah pihak.

Konklusi, kita warga Mansoura haruslah berfikir ‘beyond expectation and tommorow’.  Mengundi Pengerusi yang diterima oleh segenap lapisan warga Mansoura amat mendesak demi menjamin fungsi dan kemandirian persatuan ini untuk beberapa tempoh yang diizinkan Allah SWT. Persoalannya adakah anda sebagai pengundi memerlukan Pengerusi yang diterima oleh semua warga Mansoura ? Atau anda masih anda yang telah selesa dengan amal dan kepentingan terus syok sendiri ? Renung dan fikir-fikirkanlah.

Maaf jika menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Niat hanya untuk melontarkan idea dan pendapat.

Sekian. wassalam

http://ashrafshabadin.blogspot.com/

SN010 – Amerika Ditatang,Islam Ditentang!

SN Keluaran 12 November 2010

alt
AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!

[SN010] Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu. HTI telah menyelenggarakan perhimpunan ulama di kota-kota utama di Indonesia di mana ribuan ulama telah bersepakat untuk menolak kehadiran Obama kerana ia bertentangan dengan Islam. “Obama adalah presiden negara kafir muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) dan tidak layak diterima sebagai tetamu”, demikian ujar Ustaz Ismail Yusanto, jurucakap rasmi HTI. Kemuncak kepada usaha untuk menekan presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar tidak menerima kehadiran rakan sejawatnya dari AS itu adalah demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh HTI pada 7 November dengan menyaksikan lebih kurang 15 ribu anggota dan penyokong Hizbut Tahrir berarak dari Istana Negara hingga ke depan Kedutaan Besar AS, dengan membawa slogan dan sepanduk membantah keras lawatan Obama ke Indonesia. Di Malaysia, lebih kurang seminggu sebelumnya, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton telah melakukan lawatan ke sini.  Continue reading